Thursday, August 26, 2010

Resepi ayam goreng berempah... mmmmm seedaaappp....

Resepi ni saya dah pernah mencuba.. sedap... rangup...

Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inchi).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
Minyak 1kg untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.

Cara penyediaan:

1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan

Mari buat vitagen/solivite sendiri

Post sebelum ni saya kongsi cara membuat natural yogurt tp dah terasa manis sikit kan!
Kali ini saya nak kongsi cara buat vitagen/solivite. Kanak - kanak memang suka minuman ni, kalau p shopping kalau tak beli tak sah!

Senang je caranya , kalau dah cuba buat yogurt jd x susah lg nak buat vitagen/solivite . Jimat!

resepi vitagen/solivite

Bahan-bahan
1 cwn yogurt
1/2 cwn kordial
2 cwn air kosong/sejuk

cara

-masukan yogurt kedlm bekas
-tambahkan kordial
-masukan air
-kacau hingga sebati
- sejukkan dlm peti sejuk lebih kurang 2 jam
- keluarkan dan blh minum
* semasa keluarkan dari peti sejuk , susu dan air akan terasing, jgn takut.. kacau saja. tuang kedlm bekas dan minum.

Senangkan! dan jimat wang. 1 cwn yogurt boleh dpt 3 cwn vitagen/solivite.

selamat mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

How to Dispose of Cooking Fats, Oil, and Grease (FOG)

Masak Briyani


Pengalaman masak nasi briyani , masa pertama kali masak, nasi jd kembang. Jadi saya banyak kali cuba masak. macam-macam cara saya cuba. Tapi cara yang ditunjukkan di video tadi beri output yang baik. Nasi tak kembang dia jadi berbiji macam nasi briyani yang mamak masak.
Saya guna rempah briyani Shan. Ikut je cara masak kat belakang kotak tu, mesti dapat hasil yang memuaskan! Salah satu briyani yang jadi pilihan keluarga adalah nasi briyani ikan.
Nasi saya lapiskan dalam periuk masak nasi biasa je, kemudian letakkan ikan dan akhir sekali letakan beras yang lebih td. Letakan periuk atas dapur, gunakan pelapik dan api biarlah perlahan. Biarkan selama <> 30 minit atau sehingga nasi masak. Selamat mencuba...

Mutton Biryani - How to cook Biryani, Recipe by Sfehmi

Monday, August 23, 2010

Kerongsang jual secara borong















Kedua-dua kotak ini telah dibeli secara borong. Jadi sesiapa yang berminat nak beli secara borong boleh email kepada saya atau PM kat facebook saya.

Sunday, August 22, 2010

video cara membuat yogurt di rumah

resepi yogurt

Hari ni saya nak kongsi buat yogurt .

Saya dapat resepi ni dr internet juga. Dah banyak kali saya buat dan success. Tapi resepi asal hasilnya masam sikit. Jadi saya ubah suai sikit supaya boleh dimakan terus dan rasanya sedap.

resepi natural yogurt

2 liter freshmilk
1 cawan natural yogurt - saya guna natural marigold, berat 140gm
2 senduk gula pasir( >< 180gm)

Caranya

-Didihkan susu
-masukkan gula
- biar ia panas sehingga susu jadi burble di tepi periuk.
- tutup api
- sejukkan susu sehingga jadi suam-suam kuku
-masukkan 1cawan natural yogurt
-tutupkan periuk
-selepas 7- 8 jam , yogurt dah siap

resepi ni boleh dimakan terus

Saya akan postkan video berkaitan yang menjadi pedoman masa saya mula-mula belajar buat yogurt untuk tontonan kawan-kawan . Moga-moga sesiapa yang yang berminat untuk cuba akan berjaya.

Capal pilihan Tun Dr. M





Pada setiap tahun, saya sekeluarga akan membeli baju melayu untuk suami dan 2 org anak lelaki di Pekan Rabu , Alor Setar, Kedah. Dah menjadi kebiasaan shopping lagi 2 atau seminggu lagi nak raya. Kedai kegemaran kami adalah kedai Koleksi Alaf Baru dan tauke kedai ni nama dia En Jamil.

Apa keistimewaan kedai ni sampai kami sanggup shopping jauh dari Penang ? Ha! Kalau kawan -kawan nak tahu, masuk je kat kedai ni ada tergantung gambar Tun Dr.M yang sedang diambil ukuran baju oleh En. Jamil. Ha ha ha , rupanya kedai Koleksi Alaf Baru antara kedai yang menjadi kegemaran Tun di Kompleks Pekan Rabu ni.

Tadi saya pun nak ambil la gambar Tun yang terpampang kat kedai tu! Isteri En Jamil ni namanya Rose, dia kata Tun baru je mai td dlm pukul 11 pg. Alamak kami terlambat la! kalau awal boleh la jumpa Tun. Saya ingat lagi , semasa saya masih di sekolah rendah dlm darjah 5, masa tu Tun datang buat lawatan jumpa orang Kuala Kedah. Saya dan kawan-kawan berbaris panjang nak bersalaman dan ambil autograf Tun. Tun tanya nak sign cek ka? Masa tu saya tak faham apa-apa , cuma tersengih je! Tapi dalam hati gembira tak terkata sbb dapat tandatangan Tun. Tapi sayang buku autograf saya letak kat mana pun dah lupa.

Tadi saya sempat ambil gambar jenis capal yang dibeli oleh Tun. Gambar Tun bersama En Jamil dan isteri pun ada.

Saturday, August 21, 2010

Puasa pada hari ke 11- berbuka diluar


Petang td keluar borong kerongsang dah agak lewat! Asyik pilih sampai tak sedar dah hampir pukul 6ptg. Habis je bayar , naik kereta pusing cari kat mana nak buka puasa ari ni , pi komtar cari wallet anak, tak berkenan, keluar komtar pusing kat Penang Road then pi kat nasi kandar Imigresen, tak jadi pulak. Last sekali berbuka kat restoran Tajuddin , Little India. Order 4 pinggan nasi briani untuk 6 org, ayam goreng seketul , 2 ketul ayam rose, uwaiss minta angsa 1 ketul, sayur gubis dan papedom. Makan sampai licin, cuma uwaiss tak dapat abiskan lauk angsa dia. Harga semua termasuk minuman RM37.00. Boleh la! Kalau nak masak menu mcm tu kena masak byk, nanti tak abis pulak kan membazir. Sekali-sekala makan kat luar ubah selera. PIlih menu yang kita susah nak masak.

Gambar di atas , menu pd ari pertama puasa. Ayam golek makan dengan nasi kacang

Resepi ayam golek


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam seberat 1.6 kg

Bahan-bahan B:(dibahagi dua)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kerisik
2 biji tomato, dicincang

Bahan-bahan C: (dikisar dan dicampurkan 1 cawan air)
4 biji buah keras
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas

Bahan-bahan D:
1 biji kelapa parut, diambil 6 cawan santannya
¾ sudu besar garam halus
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 keping hati dan hempedal, dihiris halus
2 biji ubi kentang, digoreng garing
2 biji telur rebus, digoreng garing
¾ cawan minyak masak
1 cawan air
Sedikit garam
Cara:
Bersihkan ayam dan tuskan. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar (bahan C) hingga wangi. Kemudian campurkan 1 cawan air. Kacau seketika sebelum dimasukkan bahan-bahan B. Masaklah hingga rempah wangi. Masukkan garam. Masukkan serai dan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang telah digoreng. Masaklah sehingga hati dan hempedal empuk. Angkat telur, ubi dan hati serta hempedal. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali. Panggang ayam di dalam oven sehingga masak kekuning-kuningan. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan lebihan rempah bahan-bahan B. Setelah rempah kelihatan agak kuning dan berbau wangi, masukkan 6 cawan santan tadi dan kacaulah hingga rempah tadi sebati dengan kuah. Masukkan garam. Masaklah kuah ini sehingga pekat. Angkat Ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika hendak menghidang.
sebenarnya resepi ni saya amik dr internet, saya cuba masak dan sedap sbb tu la saya nak kongsi dengan kawan2.

Friday, August 20, 2010

Resepi sri muka bakar


Ini resepi saya sendiri, kuih sri muka ni saya masak dengan bakar guna oven seratus peratus. Kebetulan semalam ada kawan order kuih ni, so saya nak share ngan kawan2 resepi ni

Bahan2 (untuk saiz dulang 9x9)

Lapisan bawah

500g beras pulut
1bj santan pekat.( campur ngan air jadikan 600ml)
secubit garam

Lapisan atas
10- 15 helai daun pandan( jgn byk sgt nanti terasa pahit kalau nak hijau lebih tambah pewarna)
1 cawan gula pasir - kurangkan dlm 2-3 sudu untuk kurangkan manis
10 bj telur gred A
1 bj santan pekat
secubit garam
sedikit pandan pes
*campurkan semuanya dan blend kemudian tapis
jgn campur air nanti jd cair bila bakar jadi lembik
tambah 1 sudu tepung gandum
Caranya

- panaskan oven pd suhu 200 darjah selama 10 minit
-satukan semua bahan lapisan bawah dlm dulang
- masukan dulang kedlm oven, lebih kurang 30 min.
-bakar guna api bawah
-bila santan dah kering , keluarkan dr oven , balikan pulut td dlm dulang yang sama untuk dpt masak sama rata.
- tekan2 pulut td supaya padat
- taburkan sedikit tepung gandum atas pulut

- untuk lapisan atas, blendkan semuanya dan tapiskan
- tuangkan perlahan2 atas pulut tadi
- masukkan dulang td kedlm oven
- bakar guna api atas selama 1jam
-selepas sejam tukar ke api bawah selama 20 min
-cucuk lapisan atas td ngan garfu untuk pastikan dah masak.
- keluarkan biarkan selama +- 3 jam . dah sejuk boleh potong dan hidangkan

Resepi ini, saya tak campurkan tepung pd lapisan atas. Jadi rasa macam kuih asli macam dulu2. jadi ia tak keras macam bengkang macam selalu kita beli kat kedai.

Semasa campurkan pulut dan santan, jgn takut kalau santan tu terasa byk sgt sbb masak secara kukus dan bakar tak sama. Apabila bakar kalau santan sikit nanti pulutnya mentah sbb ia terhidrat. Sukatan ia kalau pulut 600gm santan 600ml juga.

Lepas raya santan dah naik.. jd santan rm1.00 tu sukatan lama.. skrg ni santan sama ngan 1 biji kelapa RM2.30
Kalau nak sedap lagi guna kepala santan sebiji kelapa , badannya pun sama.. sebiji juga

Wednesday, August 18, 2010

Gambar kerongsang korea





















Kerongsang Korea


2 minggu sebelum puasa, saya saja pi pekan jalan2. Masuk satu kedai ni , ia jual kerongsang secara borong. Saya pun duduk amik satu per satu kotak , belek, letak, belek ,letak , belek lagi dan ada yang berkenan. Tapi duit tak bawa banyak, jadi amik 2 jenis kerongsang secara borong ada la harga dalam RM120.00 . Balik umah dok fikir nak pi jual kat sapa, mujur 2 ari selepas itu ada rumah saudara adakan kenduri doa selamat, saya pun pi dan bawa sekali la kerongsang tadi.

Alhamdullilah ada yang berminat dan beli. Kerongsang yang saya jual pada masa tu pada harga rm3.00 dan rm5.00 , murahkan ! Jadi saya buat la offer siapa beli lebih dari satu saya bagi diskaun rm0.50. Dalam tempoh 5 hari kemudian saya kembali ke kedai tadi nak repeat purchased. Kali ni beli lebih satu kotak, jadi 3 kotak lah. Modal dan untung jualan sebelumnya saya gunakan sebagai modal untuk belian kali ini. Seminggu kemudian saya pi lagi repeat purchased. Kali ini jumlah belian meningkat kepada RM280.00. Semuanya duit modal dan untung dari jualan sebelumnya. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah kerana memberi petunjuk kepada saya untuk memulakan perniagaan ini. Sekarang saya ada pembekal baru , yang menjual kerongsang Korea yang cantik dan murah. Banyak batu pada kerongsang dan kilaun yang sangat cantik.
Semasa saya nak membeli stok baru , mujurla suami saya ikut sekali, bukannya apa saya tak cukup modal, jadi dia pinjamkan modal. Kerongsang Korea ni ada banyak batu dan kilaun batunya sangat cantik. Kerongsang yang saya jual ni murah dan cantik. Ia boleh dibeli pada harga RM10.00 hingga RM15.00 sahaja.Murahkan? Ada juga sepasang RM5.00 sesuai untuk kanak-kanak.
Kalau pada 2/3 tahun yang lepas, kerongsang korea ni dijual pada harga yang agak mahal juga. Ada yang tak mampu membelinya. Ada juga yang mampu beli , tapi fikir 2/3 kali sebelum membeli takut lari budjet. Ada juga yang membeli satu je, sebab teringin sgt satu dah cukup, beli banyak nanti miss soru pulak!
Sekarang tawaran kerongsang korea yang saya jual sangat-sangat murah! Rugi siapa tak beli sangat murah dan cantik.


Seminggu berpuasa

Dah lebih seminggu berpuasa, tak terasa pun! Bulan pusa ni kalau hari cuaca panas dan kering memang letih selepas berbuka puasa sebab minum air ais byk sgt. kalau cuaca redup je, lepas berbuka rasa cergas lagi.
Baru seminggu berpuasa , ibu2 didapur ada yang mengeluh kerana dah ketandusan idea nak masak makanan yang boleh menyelerakan suami dan anak2. Memang pening kepala. Tambahan pulak kalau waktu sahur.
Dalam masa seminggu ni saya dah masak nasi bukhari , spagetti dah 2 kali, nasi kacang, ayam golek, kari kepala ikan, ikan bawal masak cabai merah (2x) dan pagi td masak spagetti carbonara. Resepi sendiri , main masuk je apa yang ada kat dapur, janji suami dan anak2 makan sampai abis.
Teringin nak makan kuih buah melaka, dah 3 hari tak jadi buat. Sebab waktu petang saya pergi borong brooch untuk dijual untuk cari duit belanja raya sikit. Dah abis borong, balik amik anak kat sekolah sampai kat umah dah pukul 6 ptg. Masak yang mana sempat je la! Selalunya dah abis masak , kemas dapur tengok jam 5 minit lagi untuk berbuka. ngam2 je!
Saya nak kongsi resepi spagetti carbonara versi saya la!

resepi spagetti carbonara

Spagetti rebus la macam biasa

Bahan kuah
1 liter susu segar (kotak)
Cendawan butang - dipotong nipis
2 paket mushroom soup segera (serbuk)
Chedar Cheese - ikut suka byk mana
sedikit garam

caranya mudah je
-panaskan susu segar
- masukan cendawan butang
- tambahkan serbuk mushroom soup
-sagat chedar cheese
- rasakan dgn sedikit garam
dah campur semua , biar campuran td jadi burble di tepi periuk. kemudian tutup api
- dah blh dihidangkan