Sunday, January 30, 2011

KEPING DAGING NIPIS DAN CENDAWAN QUICHE


Quiche ni anak saya yang buat.......
115 gm kepingan kepingan daging nipis berlemak
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji telur
350ml whipping cream
1/8 sudu teh serbuk pala
garam dan lada serbuk lada hitam
100gm chedder cheese

untuk kulit
230 gm tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
130gm butter(dipotng dadu
3-4 sudu besar air sejuk

Bahan
Cara

untuk kulit

1.ayak tepung dan garam dalam mangkuk"rub" butter dan tepung sehingga menjadi seperti bread crumb tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati
2.ketulkan berbentuk bola dan bungkus dengan plastik , simpan dalam peti sejuk selama 20 min.
3.prehaet oven 190 darjah celcius
4.canai doh dan letakkan keatas acuan cucuk doh dengan garfu, bakar selama 12 min
5.sementara itu,potong cendawan dan bawang besar,panaskan minyak masukkan cendawan masak sehingga air cendawan kering kemudian masukkan bawang,kacau hingga layu,tambahkan garam dan srbuk lada hitam ketepikan
6.gorengkan kepingan daging hingga sehingga rapuh, keringkan dan potong kecil, gaul rata bersma cendawan tadi, letakkan campuran keatas kulit tadi
7.pukul telur,krim dan serbuk pala, tuangkan ke atas kepingan daging td dan cendawan masakkan sehingga keperangan (lebih kurang 30 min)
8.hidangkan semasa panas

MEE UDANG


Antara menu masa buat besday Ikhwan- Mee Udang

Resepi ni untuk 15-20 orang
Kuah

Bahan-bahan

Udang Kecil- 500g (basuh dan rebus bersama kulit - kopek dan asingkan kulit dan isi. Blend berasingan tapis hasil blend kulit masukan kedalam periuk bersama isi udang td)
1 tin tomato sup - Heinz
500g keledek merah , rebus dan lecek
1/2 cwn tomato sos
1/2 cwn cili sos
3 liter air
Gula dan garam secukup rasa

2 kilo mee kuning
300gm tauge
300 gm sawi
300 gm kubis
50 gm cabai kering - diblend bersama 2 labu bawang besar
1 labu bawang besar dimayang nipis - untik tumis
1 kilo udang besar

hiasan
daun sup
daun bawang
takua
bawang goreng
hirisan cili merah

Cara

Campurkan semua bahan kuah dan biar mendidih

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumiskan bawang besar
3. masukan cili blend biar masak sekejap
4. masukkan kuah yang dah siap
5, masukan sawi , kubis, udang dan garam secukup rasa
6. Tambahkan mee dan tauge
7. Angkat dan hias dan hidangkan

Monday, January 17, 2011

ADAB KETIKA MEMASAK

Tadi tengah menjenguk dapur2 blogger , terjumpa la petua ni, bagus juga boleh kongsi ngan kawan-kawan. sambil kita memasak dapat juga kita beribadat dan moga-moga makanan yang kita saji mendapat keberkatan Ilahi.

3 adab memasak

Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
*Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum memasak.

1. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.

2. Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.

Ok, cukup dulu 3 adab memasak. Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain

Wednesday, January 5, 2011

NASI MANDY

Teringin pulak nak masak nasi mandy ni, anak2 memang suka pun!Cuba jenguk2 blog2 otai dan dapatlah resepi kat koleksi mamasya. Resepi rempah kabsa dapat dr internet juga.

Ayam

4 ketul ayam
1 st serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk kari
garam secukup rasa
campurkan semua bahan dan perap ayam selama +- 30 min.
Panaskan ketuhar pd suhu 250 lebih kurang 20 min, Masukkan ayam yang dah dibungkus dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak



Untuk resepi nasi pula

2 cwn beras direndam 20 min, dan toskan
21/2 cwn air
1 sudu besar minyak sapi ( saya ganti dengan mentega)
1 sudu besar minyak masak
1inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 bj buah pelaga*
1 ulas bawang putih- mayang halus**
1cm halia-mayang halus**
1/2 bj bawang besar-mayang halus**
1 1/2 st rempah kabsa
garam secukup rasa
sedikit pewarna merah oren dan serbuk kunyit yg dicampur sedikit air
Cara
Panaskan minyak, masukkan bahan bertanda*, kacau seketika kmudian tambahkan bahan** kacau hingga keperangan.Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih , masukkan beras tunggu hingga kering air, kecilkan api.
Biar seketika, percikkan pewarna merah oren dan kunyit yang telah dicampur air. Tutup periuk, selepas 5 minit kacau nasi tadi. Biar hingga nasi masak. tutupkan api







Untuk sup pulak, masak je ikut selera masing2!