Saturday, October 30, 2010
Grill Salmon
Idea nak makan salmon grill ni ari ni bila anak2 tak nak makan ikan. Selalu masak lauk , bila makan amik kuah saja, ikan tak sentuh pun! Jadi suami saya beli ikan salmon . Balik rumah , selepas maghrib, saya bersihkan ikan , dia tolong sediakan salad.
Jadi kawan-kawan yang berminat nak resepi ni, boleh la cuba.Bukannya susah pun senang je!
Bahan
Ikan salmon dah siap dipotong - bersihkan menggunakan cuka, rendam sekejap dan bersihkan
bahan perap- guna macam gambar diatas
- soy sos
- sos lea pearins
- sos teriyaki
semua ni campur sekali. biar kan dlm 30 min.. kalau dah lapar sgt mcm kami sekeluarga ari tu, tak tunggu lama pun saya terus grill je
Saya grill guna non stick pan je.. panaskan dan letakkan sedikit mentega danapabila dah panas letak la ikan salmon ...
Kalau masak kepala ikan, selepas marinade saya terus masuk oven lebih kurang 20-30 min, kemudian masak atas dapur mcm td untuk bg garing. Kepala ikan kan tebal sedikit, jd masak dengan oven dulu la!
Warna kekuningan atas ikan tu saya letakkan mozarella cheese.
Kalau dah masak , hias la ikut cara sendiri! dan boleh dimakan dengan sos kesukaan kita
Selamat mencuba !
Labels:
masakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment