Friday, November 26, 2010

Nasi Daging Sri Tanjung

Agak lama juga tak update blog.. maklumlah sibuk dengan tempahan kek. Semasa seminggu sebelum raya dah busy .. sampai pagi hari raya pun dok bakar kek tempahan. Pagi raya memang tak sempat siapkan juadah raya pun. Kesian anak-anak dan suami ku kerana terpaksa makan roti Pak Arab yang dibeli di USM sewaktu selepas sembahyang raya .Gambar kek karemel sebelum ni semasa first trial tak la berapa cantik.. tapi dah banyak kali mencuba ada la perubahan.. sampai banyak juga dapat tempahan semasa hari raya baru ni hampir 25 biji!.

Semasa sibuk membuat kek ada juga saudara bertanya resepi masak nasi daging cara simple. Kebetulan tadi saya masak nasi daging simple je. guna apa yang ada kat dapur.

Resepi Nasi Daging Sri Tanjung

500gm daging bersihkan, rebus hingga empuk bersama seulas bwg besar dan seinci halia, yang dipotong

2cwn beras dibasuh dan toskan
3cwn air untuk masak nasi
1/4 cwn susu cair
seulas bawang besar , 2 ulas bawang putih dan satu inci halia , dikisar halus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mnyak masak
1 sudu besar natural yogurt ( cari tomato tak ada saya ganti dengan yogurt)
1/2 kiub ayam
garam secukup rasa
kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang untuk tumis.

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Tambahkan bahan kisaran tadi. kacau seketika
Masukkan serbuk rempah kari, kacau jgn sampai hangit
masukkan air rebusan daging tambah kan air hingga cukup 3 cwn
Masukkan susu, kiub ayam, garam dan yogurt. Biarkan mendidih
Masukkan beras, perlahankan api..Kacau sekali sekala
Apabila air dah kering, tutup periuk , perlahankan lagi api kalau boleh alaskan periuk dengan tudung periuk lagi baik.
Kacau, Dan biarkan lg diatas api hingga masak
* nasi nampak macam banyak air tp nasi dan masih berbiji spt beras lagi, tak mengapa.. biarkan lama sedikit dengan api perlahan. kalau dah betul-betul masak tuutpkan api.