Sunday, September 26, 2010

BEEF STEAK ALA MELAYU


Menu pada hari minggu ni beef steak ala Melayu. Menurut dari sumber resepi yang saya dapat, resepi ni dia dapat dari radio Malaysia Pulau Pinang pada suatu ketika dulu!Memang dah sangat-sangat lama resepi ni! Rasanya lebih kurang 30 tahun!


Bahan-bahan


1 kg daging batang pinang- dipotong nipis setebal 1 cm- dan diketuk
1 kg ubi kentang - dipotong jgn terlalu nipis
1 kg bawang besar - di mayang bulat
2 tin tomato sup - nak sedap guna heinz
1 tin kacang peas - kalau nak banyak boleh tambah
1 sudu besar kicap pekat

bahan untuk perap daging
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
garam
Sos lea pearin

1 sudu besar kicap pekat
semua bahan diatas dikisar dan diperap bersama daging
Perap selama 2 jam

Cara
1- Panaskan minyak dlm kuali
2- Goreng kentang hingga 3/4 masak
3- goreng daging hingga empuk
4- panaskan minyak dlm periuk berasingan

5- tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
6- masukkan bawang - biarkan hingga layu
7 - masukkan daging, tomato sup dan kicap pekat biarkan seketika
8- kalau kurang garam , tambahkan garam
9 - akhir sekali masukkan kentang dan kacang peas,. biar mendididh
10 - kalau kuah cair , likatkan dgn tepung

Friday, September 24, 2010

Cucur jagung

Kelmarin , saya ajar Nur Adlah masak cucur jagung. Resepi nya biasa je!

Sebatang jagung - diambil isinya
2 labu bawang besar- dipotong dadu
3 cawan tepung gandum
setangkai daun bawang
sebiji cabai merah
garam dan gula secukup rasa

Campurkan semua sekali tambahkan air. Kacau sebati.Air saya guna lebih kurang 3 cwn juga , ikut sukatan tepung. Panas minyak dalam kuali dan tuang lah adunan tpg tadi. Nak tuang guna sudu pun boleh nak jemput2 pun boleh.

Lihat hasil percubaan pertama Adlah masak cucur jagung.




Cucur jagung ni cicah dengan kuah kacang. Resepi kuah kacang resepi mak saya. Senang je nak buat. Tak payah masak pun

Reespi kuah kacang

Kacang tanah RM1.00 - panggang dlm ketuhar yg dipanaskan terlebih dahulu pd suhu 150c - bakar selama 10 minit
kacang dah masak- dibuang kulit dan di blend - jgn hancur

masukkan kacang dlm bekas, campur kicap pekat manis, sos cili dan sedikit sos tomato dan gula. Kacau sebati dan tambahkan air panas. Kacau sebati dan cukup rasa



Thursday, September 23, 2010

Kuih raya dah habis!


Tak sampai seminggu kuih raya dah habis. Jenuh dok pikiaq nanti anak-anak dah mula sekolah mesti ada jamuan raya . Jadi kelmarin saya buat biskut cornflakes madu. Kanak-kanak suka cornflakes madu. Mula-mula buat buat 2 kotak cornflakes yg beratnya 150gm satu. Lepas masak je dah abis satu balang kecil. Ni nak kena tambah. Buat lagi 1kotak kecil. Resepi kali ni saya campur kuaci , badam potong, bijan dan ceri hijau dan merah untuk nampak cantik.

Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan

300gm cornflakes original- kellogs
125gm pure butter - saya selalu guna anchor
125gm madu
50gm badam siap di potong panjang
50gm kuaci
50gm bijan
50gm ceri merah
50 gm ceri hijau

Cara-caranya

1-Cairkan butter dan madu
2- Campurkan semua bahan kering dalam bekas
3- Tuangkan butter dan madu yang dah cair td kedalam bahan kering tadi.
4- Gaulkan sehingga sebati.
5- sudu kan adunan kedalam paper cup
6- Bakar dlm ketuhar pd suhu 150 c selama 10 minit

UPSR-2010

Kelmarin tanggal 23/09/2010 ,rasa lega, macam terlepas beban selepas anak yg kedua Nur Adlah selesai untuk UPSR tahun ni. Kalau tahun lepas anak sulong, Muhammad Uwaiss menduduki UPSR dpt 5A, keputusan Nur Adlah tak tahu macamana pula!

Saya rasa program lepas UPSR ni, nak ajar dia kerja-kerja rumah la pulak. Kalau tak nanti dah besaq panjang tak tau nak buat kerja rumah ! Saya dulu masa umuq 12 tahun dah boleh masak nasi , goreng udang kunyit tu dah biasa .. sebab waktu tu saya bersekolah sesi petang, jd ini lah bekalan yang saya masak sendiri dan bawa bekal ke sekolah. Kadang-kadang masak mee kuah.. ala masak la , asalkan boleh makan..hehehe!

Pilihan sekolah pun menjadi masalah. Dah lepas UPSR ni , Nur Adalh kalau dapat keputusan yang baik nak pi Sek, Men, Bukit Jambul.. tu tak jadi masaalah, yang jadi masalah nak minta sek asrama penuh, dia pilih sek berasrama di sebelah selatan.. jauh la pulak nak pi. Nanti ada kes kecemasan, susah juga tu. Suami saya senang je.. tak payah minta asrama dok je kat rumah! Senang nak monitor. Budak2 perempuan ni kalau lepas dari mata kita , macam hal boleh jadi! Saya tak confident lagi nak lepas dia jauh-jauh lagi! Dia tak sama dengan Uwaiss. Uwaiss dia pandai bawa diri dan bergaul dengan orang.

Tuesday, September 7, 2010

RESEPI SPAGETTI BERKUAH







Resepi ni kira -kira merupakan makanan kesukaan keluarga saya. Selalu kita makan spagetti balognese, carbonara dan meat ball. Resepi ni lain sikit , ada kawan makan , kata macam tomyam dan ada pula kata macam mee bandung. Nanti kawan-kawan boleh cuba resepi dibawah ni dan boleh buat perumpamaan sendiri.

Resepi spagetti berkuah

Bahan-bahan

1kg spagetti
1kg tulang rusuk - direbus hingga empuk daging
1 tin tomato sup - kimball/ heinz
1 tin cendawan butang - dipotong 4/6 terpulang pd besar cendawan
1 tin cendawan sup
2 btg lobak merah- potong pjg - ukuran 1 1/2 inci
5-6 bj kentang potong dadu besar ibu jari
300 gm bunga kubis
2 senduk cili mesin - kalau nak pedas boleh tambah
Bawang putih untuk tumis
Minyak untuk tumis
Garam secukup rasa

Hiasan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya

Spagetti rebus seperti biasa

1-Panaskan minyak dalam periuk.
2-Tumis bawang putih hingga kekuningan
3- Masukkan cili mesin. Kacau sekali-sekala sampai cili masak
4- Masukan tulang dan air rebusan. Biarkan sampai mendidih
5- Tambahkan tomato sup
6- Masukan kentang, lobak merah dan cendawan butang. Biar hingga mendidih dan empuk kentang dan lobak merah
7- Masukan bunga kubis dan cendawan sup. Cendawan sup kalau boleh blend sebelum masuk supaya ia tak berketul
8- Rasakan dengan garam
9- Biarkan mendidih. Kuah jgn terlalu cair. dan jgn terlalu pekat lebih kurang macam pekat mee bandung
Dah siap!

Spagetti kuah dah boleh dimakan , hiasankan dengan daun bawang dan daun sup. Kalau nak boleh tambah cabai kicap.