Wednesday, January 5, 2011

NASI MANDY

Teringin pulak nak masak nasi mandy ni, anak2 memang suka pun!Cuba jenguk2 blog2 otai dan dapatlah resepi kat koleksi mamasya. Resepi rempah kabsa dapat dr internet juga.

Ayam

4 ketul ayam
1 st serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk kari
garam secukup rasa
campurkan semua bahan dan perap ayam selama +- 30 min.
Panaskan ketuhar pd suhu 250 lebih kurang 20 min, Masukkan ayam yang dah dibungkus dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak



Untuk resepi nasi pula

2 cwn beras direndam 20 min, dan toskan
21/2 cwn air
1 sudu besar minyak sapi ( saya ganti dengan mentega)
1 sudu besar minyak masak
1inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 bj buah pelaga*
1 ulas bawang putih- mayang halus**
1cm halia-mayang halus**
1/2 bj bawang besar-mayang halus**
1 1/2 st rempah kabsa
garam secukup rasa
sedikit pewarna merah oren dan serbuk kunyit yg dicampur sedikit air
Cara
Panaskan minyak, masukkan bahan bertanda*, kacau seketika kmudian tambahkan bahan** kacau hingga keperangan.Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih , masukkan beras tunggu hingga kering air, kecilkan api.
Biar seketika, percikkan pewarna merah oren dan kunyit yang telah dicampur air. Tutup periuk, selepas 5 minit kacau nasi tadi. Biar hingga nasi masak. tutupkan api







Untuk sup pulak, masak je ikut selera masing2!

No comments:

Post a Comment