Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


SELAMAT TAHUN BARU




MOGA AZAM TAHUN BARU


DIIRINGI DENGAN




SOLAT LIMA WAKTU





BANYAK MEMBACA AL-QURAN




Ya Allah ! Kau tingkatkan lah keimanan suamiku dan aku kepada MU!Murahkan lah rezeki kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, teranglah hati anak-anak ku, eratkanlah hubungan kasih sayang dan jauhkan perasaan kebencian , hasad dengki  dan tetapkan iman mereka.

AMIN

Bercuti di Copthorne Orchid Hotel



Baru-baru pergi bercuti di Copthorne Orchid Hotel bersama keluarga. Suka sungguh anak-anak habiskan masa dikolam renang dan bermain di tepi pantai.






Saya pula menghabiskan masa disini


Jacuzzi
Suana











Makan-makan di kedai Lidiana~ Tg Bungah

Sapa - sapa kalau  mai Penang ,  tak pekena terubuk goreng, udang masala n gulai bawal di kedai nasi Melayu Lidiani ni memang tak sah la mai Penang.

Dulu sebelum tsunami melanda Pulau Pinang, kedainya  terletak di tepi jalan bertentangan dengan Mar Vista. Tapi sekarang dah pindah atas bukit bertentangan ngan Masjid Terapong Tanjung Bungah.

Kedai makan Lidiani memang menjadi pilihan orang tempatan dan juga luar Pulau Pinang. Kepada sesiapa yang pernah datang kerana menghadiri kursus , mesyuarat atau apa-apa function kat sini, memang dah alah bisa tegal biasa dengan masakan di kedai ni.



 Satu lagi menu yang jarang jumpa di tempat lain adalah kerabu kacang botol. Memang sedap...terbaik!!!!

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Pengantin Baru









Tanggal 25 Dec 2011 yang lalu , telah berlangsung majlis persandingan diantara Adam Noor Aizat dan Asni Musfirah Azhar. Pasangan yang sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua. Ucapan tahniah dari kami sekeluarga . Semoga pasangan ini akan hidup bahagia dengan mendapat keberkatan dan petunjuk Allah Taala. 

Terima kasih untuk doorgift tempohari





Selamat hari ulang tahun ~Aqilah








 Harapan mak su untuk Aqilah , semoga jadi anak yang solehah, dengar cakap ibu dan abah, anugerahkan mereka dengan kejayaan Aqilah.Pesan mak su ....anak yang baik tidak akan menyusahkan ibubapa mereka.


Ok, early preparation is a shadow of success.Study smart dan jangan lupa baca Al-quran tiap-tiap hari semoga kita mendapat keberkatan dan  petunjuk dari Allah.




Salam dari mak su sekeluarga untuk mak dan abah




Ni ada sedikit buah tangan dari mak su sekeluarga! Enjoy



kek harijadi untuk Aqilah


Selamat hari ulang tahun



Moga happy dengan hadiah ni!








Ustaz Don Daniyal "Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka" Anjuran Brainy Bunc...




Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan untuk mendidik anak-anak ku supaya menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Engkau peliharalah kami dari godaan iblis dan syaitan yang tak henti-henti berusaha untuk menyesatkan anak-anak Adam.Amin





Jalan-jalan di Batu Feringhi

Dalam masa 7 hari lagi, dah nak sambut tahun baru 2012. Cuti sekolah pun dah nak  hampir habis, anak-anak sibuk bertanya "Mak !cuti tak pi mana-mana ka?" Kesian . Cuti tak bawa jalan mana pun. OK lah hari ni , bawa mereka jalan-jalan kat Batu Feringhi. Sebenarnya jarang pergi Batu Feringhi ni, malas nak bawa kereta melalui jalan yang bengkang bengkok ni! Tapi tak apa ah ari ni suami yang drive, kira orite la!

Aktiviti yang kami selalu buat jika ke Batu Feringhi adalah beli CD cerita apa-apa la dengan harga yang murah.Hari ni bukan setakat beli
                                               - CD,
                                               -boleh makan seafood ,
                                               - handbag(untuk Adlah),
                                               -cermin mata untuk membaca (untuk saya le- umur dah meningkat dapat rabun                                    
                                                dekat
                                               - sun glass (Uwaiss)
                                               - purse (Alya) dan wallet (Ikhwan)
Nak kongsi cerita sikit pasal hand bag yang dijual kat Batu Feringhi ni, banyak yang imitation, sama macam yang saya jual secara online, tapi harga 2 kali ganda dari harga yang saya jual secara online.Saja la tanya harga hangbag dan belek -belek tanda harga, saya tau harga sebenarnya berapa, jangan nak kelentong la!Ada juga tauke Cina ni, letak harga lebih tinggi dari harga sepatutnya, kemudian beritahu boleh kurang lagi, tapi harga kurang tu adalah harga patut dijual.Ada satu handbag ni harga patut RM63.00 tapi dijual pada RM259.00. Mahalnya! Jangan la sapa-sapa kena tipu.

Tadi kami makan kat restoran ni




menu hari ni



Ayam masak cabai kering




Ikan stim thai

Satay ayam dan daging


  

Tauge masak ikan kering



Telur dadar

30 minit Ustaz Don - Episode 1 -- Pengenalan Tentang Islam Bah 1






Monday, December 26, 2011

LALA MASAK LADA HITAM

Saya selalu makan kat restoran Ilyana Kari Kepala Ikan dan Ikan Bakar yang terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak saya selain dari mee udang adalah Lala masak lada hitam aka lala masak minyak zaitun.



Lala Masak Lada Hitam


Gambar diatas saya amik dr internet je! Bukan gambar sendiri...

Kalau anak-anak dah suka makan , baik saya belajar sendiri macamana nak masak masakan ni!... Jadi saya try n error... bila dah siap hidang....dan makan...."seedap la mak masak...lg sedap dari makan kat kedai"...wah hebat pujian anak-anak ni! Nak bodek mak ke?

Jadi saya nak share resepi ni dengan kawan-kawan.....senang je

bahan-bahan

500gm  lala
3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
sedikit halia juga ditumbuk halus
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
2 btg serai - di ketuk
sedikit jintas manis- hujung2 sudu kecil je

cara memasak

Lala dibersih dahulu
Panaskan minyak dalam kuali
Masukan bawang putih , halia, jintan manis dan serai
Kacau seketika
Masukkan lala... biar sampai kulit lala menjadi cerah
Masukkan lada hitam dan kacau sekejap
Tutup api!
Dalam resepi ni saya tak masukkan garam... sebab lala dah rasa masin!

Senangkan! Very simple but tasted!

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad s.a.w

Salam,

Tadi blogwalking kat blog siakappaka, nampak entry yang menarik...kepada empunya blog minta izin ye.. copy paste




5 Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhammad s.a.w



1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.




Tuesday, December 20, 2011