Saturday, December 31, 2011

Makan-makan di kedai Lidiana~ Tg Bungah

Sapa - sapa kalau  mai Penang ,  tak pekena terubuk goreng, udang masala n gulai bawal di kedai nasi Melayu Lidiani ni memang tak sah la mai Penang.

Dulu sebelum tsunami melanda Pulau Pinang, kedainya  terletak di tepi jalan bertentangan dengan Mar Vista. Tapi sekarang dah pindah atas bukit bertentangan ngan Masjid Terapong Tanjung Bungah.

Kedai makan Lidiani memang menjadi pilihan orang tempatan dan juga luar Pulau Pinang. Kepada sesiapa yang pernah datang kerana menghadiri kursus , mesyuarat atau apa-apa function kat sini, memang dah alah bisa tegal biasa dengan masakan di kedai ni.



 Satu lagi menu yang jarang jumpa di tempat lain adalah kerabu kacang botol. Memang sedap...terbaik!!!!

No comments:

Post a Comment