Thursday, October 7, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Cream puff

Hari ni merupakan percubaan pertama membuat cream puff. Dah 2- 3 hari dok surf dlm internet , resepi cream puff. Last sekali pilih 1 yang rasa boleh menjadi dan sedap. Memang benar menjadiii! masuk bakul angkat sendiri la pulak!
resepi cream puff
Choux
Bahan-bahan
420 air
210 butter
1 sudu teh garam
campurkan semua bahan , biarkan mendidih, perlahankan api.kemudian masukkan
300gm tepung gandum
kacau hingga sebati dan membentuk doh, tutup api
sejukkan 20-30 min
masukkan 4 biji telur, satu per satu sambil kacau , guna mixer pun boleh. kacau hingga sebati
masukkan doh kedalam piping bag dan paipkan atas dulang
Bakar pada suhu 170 c selama +-20 min.
resepi ni dapat dlm 25 biji
Ini lah hasilnya!
bahan-bahan untuk inti
420 ml air
2 sudu kecil vanilla esen
250 gm gula
tambahkan sedikit pewarna kuning telur
4 bj kuning telur
3bj putih telur
campurkan semua bhn atas api yang perlahan sambil kacau
bila semua dah sebati , campurkan
50 gm susu tepung
105 gm butter
105 tepung gandum
kacau semua. sampai masak
Bila choux dah masak, paipkan inti kedlmnya!
Labels:
masakan
Monday, October 4, 2010
Spagetti berlapis

Lunch hari ni , masak spagetti berlapis. Pagi td , tengok ada lg baki bahan2 buat spagetti berkuah , 1 paket lagi mozarella chesse dan daging cincang yang dah siap digoreng. Ingat daging tu nak buat bergedil je.. buat soto. Tapi soto baru makan je last sunday kat open house Normi. Senang je campur2.. bakar.. cheese kasi lebih lagi sedap.. nyam-nyammmm

resepi spagetti berlapis
250 gm spagetti- direbus dan ditoskan
250 gm daging cincang digoreng hingga kering air ( masukkan sedikit garam)
1 botol kecil kimball pasta sos( tradisional/cendawan)
1 paket cheese mozarella
3 keping spread cheese
sos mentega
* sos mentega - panaskan 50gm mentega, masukkan 2 sudu tpg gandum kacau sebati, tambahkan 2 cwn fresh milk. kacau sebentar. angkat
Cara
1.sediakan bekas .
2. Lapiskan spagetti , 1/3 bahagian
3. taburkan spread cheese, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian sos kimball
4. Tuangkan sebahagian sos mentega
5 Ulangkan lapisan spagetti, daging dan sos
6. Taburkan mozarella cheese
7. Tuangkan baki sos mentega td kedlm bekas
Ketuhar panaskan dahulu pd suhu 190 libih kurang 20 min
Masukan spagetti kedlm ketuhar.
Masak sehingga cheese diatas nampak kekuningan
Labels:
masakan
Kemeriahan Raya Aidil Fitri 2010- Di Penang

eemmmpphhh... seedaapppnya! nak sikit boleh?

tengok si Fatin sedang tengok berapa isi dalam sampul. Dah pandai kira ke?

Sedang berposing! cantik tak?

ni, tengok jari atau tengok cincin siapa paling cantik/ besar?

Uwaiss n his geng!

Shahmi ada bakat, sedang mendendangkan lagu raya..

Wah , tengok tu semua seronok main bunga api! Kecil, besar , tua , muda sama-sama gembira menyambut hari raya

Bergambar selepas sembahyang raya
Dah lama keluarga dari KL tak beraya di Penang. Kalau mereka balik beraya memang meriah!
Hari ulang tahun
hari Khamis ini 7 Oktober , hari ulang tahun Uwaiss, 8 Okt hari ulang tahun NurAdlah dan saya juga. Dok fikir nak prepare apa untuk hari tersebut. Insyaallah , hari Sabtu ni, kami anak beranak akan menjenguk Uwaiss di SMSAH. Ingat nak la masak something best untuk hari ni. Nur Adlah minta Kek Ais Krim. Saya tak pernah buat pun kek ni. Kalau kek cheese, butter kek, coklat kek tu biasa buat.Ni nak kena try! Apa lagi nak masak? Kek ais krim, then cream puff and 1 paste dish dah cukup la kot.
Subscribe to:
Posts (Atom)