Friday, October 15, 2010

Sup Cendawan buat sendiri





Hari ni kali ke 2 dalam masa seminggu , masak sup cendawan. Tadi member sekolah men, Zanariah mai rumah. Lama sungguh tak jumpa, seronok rasanya! Maklumlah hampir 22 tahun, dah umur2 mcm ni, jumpa kawan tengah jalan pun tak kenal. Kebetulan pagi tadi pi Tesco, ada jual cendawan butang putih yang stok akhir tapi boleh guna lagi, amik la . Harga biasa RM8.90, tp tadi harga stok akhir RM5.40 , murahkan!Bahan2 lain dah ada kat umah. Malam tadi masak creampuff , ada lebih lagi, memang dah rezeki hang Ariah! Hang boleh rasa crempuff and sup cendawan.




Resepi sup cendawan



bahan2

50gm butter
200 gm cendawan butang putih - dipotong nipis
2 labu bawang besar warna kuning - dipotong dadu
500 ml susu segar
250 air
100 whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub ayam
Cara masak

cairkan 25 gm butter
masukkan bawang- biarkan hingga layu
masukkan cendawan butang- biar sampai kering air- kacau sekali-sekala
bila dah kering air, masukkan susu 250gm dan kiub ayam, biar seketika.
angkat dan blend hingga halus
Kemudian dalam periuk yang sama cairkan butter 25gm, masukkan tepung gandum, kacau jgn biar hangit..
bila tepung tadi dah hampir berketul masukkan susu perlahan2 sambil kacau untuk elak tepung berketul
kemudian masukkan cendawan yang dah blend tadi
tambahkan air dan garam
biarkan seketika , masukkan whipping cream, kacau dan tutup api

Wednesday, October 13, 2010

Fusilli



Assalamualaikum, ari ni 13/10/2010.. pagi2 selepas husband p kerja.. saya dan Nur Adlah siap2 pi penjabat pendaftaran negara.. buat IC Adlah. Balik dah tengahari.. tak dan la nak masak lunch.. makan apa dan je la! Untuk makan malam saya masak fusilli.. resepi sendiri la! pakai masuk je bahan2 apa yang ada! Saya tak tahu nak bagi nama apa masakan ini. Kalau kawan2 ada idea nak bagi nama untuk masakan ni pun bagus juga! Anda semua dialu-alukan!

Resepi Fusilli

Bahan2

250gm daging hancur
cabai kering 10 bj- potong dan kisar
karot 1 btg- potong dadu
kentang 2 bj-potong dadu
cendawan butang 1 tin - dibelah 4
tomato heinz 1 tin
3 tin air
bawang putih 2 ulas - hancurkan
250 gm - fusilli- direbus sama spt biasa pasta lain

cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk
tumiskan bawang putih sampai kekuningan
masukkan cabai kering kisar biar sampai pecah minyak
masukan daging kisar kacau seketika
tambahkan air dan sayuran biarkan mendidih
masukan garam
kalau dah cukup rasa tutupkan api..

dah siap!

Monday, October 11, 2010

Mee Udang

Fieza, kesian kena tunggu lama nak dapat resepi mee udang ye? Sori la, ingat nak tunggu gambarnya sekali rasanya lambat la pulak.. kesian nanti Fieza tertunggu resepinya pulak!
Resepi mee udang yang Fieza makan tempohari biasa je! Rasanya sebab Fieza n family dah perut kosong tu yang makan bertambah-tambah! hehehe... tak pa , kak Najah nanti bagi resepi tu, tapi janji kena buat.. lepas tu , boleh la kak Najah makan mee udang Fieza pulak kan?

Resepi Mee Udang

Kuah

300-500 gm udang kecil- basuh, direbus kemudian dikopek , asingkan kulit dan isi
blend isi udang dan kulit berasingan , gunakan air rebusan udang tadi.
Hasil kisaran kulit udang hendaklah ditapis dan masukkan hasilnya dan
isi udang yang dah diblend dalm 1 bekas
1 kg udang besar anggaran sekilo RM45.00 - bersihkan
1 tin tomato sup - Heinz la kalau nak sedap
500gm ubi keledek merah - buang kulit, rebus hingga empuk dan lenyek
( untuk pekatkan kuah)
2 senduk cabai kisar- kalau nak pedas boleh lebihkan
3 ulas bawang putih- ketuk untuk tumis
gula dan garam secukup rasa

Cara masa kuah

Panas kan minyak dalam periuk
tumiskan bawang putih, sampai bawang dah kekuningan
masukkan cabai kisar- biar sampai masak
masukkan air rebusan udang tadi
tambahkan air
masukkan tomato sup
biarkan mendidih
masukkan ubi kentang yang dah dilenyek
kacau , biar kan mendidih
cukupkan rasa masin manis.
Dah kuah dah siap

Bahan untuk mee

1 kg mee kuning
kubis panjang
sawi
bawang besar - dihiris nipis untuk tumis
tauge

Hiasan

Cabai merah
tomato
daun sup
daun bawang


masak mee

panas minyak dalam kuali
tumis kan bawang besar
masukkan kuah tadi (kalau nak pedas lagi , seblm masuk kuah boleh tumiskan cabai blend)
biarkan mendidih
masukan udang besar - biarkan seketika
masukan mee serta sayuran- kubis, sawi dan taugeh
biarkan seketika
cukupkan rasa masin
udang dah masak , angkat mee dan hidangkan
hiaskan dengan bahan hiasan tadi.. kalau nak lagi boleh letak telur rebus

Selamat mencuba dan menjamu selera!


Laksa


Laksa ni memang sedap. Nak tau resepi kena tanya Siti la!


Hari ni , Isnin 11/10/2010.. tengahari makan laksa Penang, Siti bg memang seedapp! Hari ni memang tak masak, laksa pun banyak ais krim kek ari tu pun ada lagi . Sejak dua menjek ni dok gila buat cream puff..






Ni pulak gambar ais krim kek , buat untuk birthday celebration.. ni masa pembikinan .. belum siap sepunuhnya.. finishing taburkan biskut oreo yang dah di pecah-pecahkan!

Friday, October 8, 2010

Nasi komok

Saya mula makan nasi komok ni semasa selepas raya baru ni.. kebetulan isteri sepupu suami saya orang Pattani.. dia la ajar... pertama kali makan , masa tu dia bawa balik dari Thailand , berebut-rebut makan tak cukup. So the next day dia , masak lagi.. macam tu juga tak cukup.. anak2 suka sangat makan bertambah-tambah.. seedaappp kata mereka.. Nasi komok ni ala-ala briani.. org thailand panggil nasi komok.. Malaysia panggil Nasi briani Siam.






Resepi nasi Komok

Nasi
1 ekor ayam (1.5 kg)- dipotong 10
ambil sedikit bahagian isi untuk dimasuk kedalm nasi
selebihya untuk goreng

500 gm beras basmati ( direndam dahulu 1jam) - toskan
500 ml air
100 ml susu cair
2 sudu besar rempah komok
2 sudu besar marjerin untuk tumis
1 labu bawang besar- dimayang
2 ulas bawang putih- dimayang
1 cm halia- dimayang
1inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara

Panaskan periuk dan marjerin
tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang
bwg bsr, bwg putih dan halia
dah kekuningan.
masukan rempah, kacau jgn biar hangit
masukkan ayam.. biar sehingga ayam masak
tambahkan susu, beras
bila mendidih.. masukkan garam dan sedikit gula
biar air kering.. tutup periuk.. biarkan masak secukupnya




Ayam

Ayam diperap selama 3 jam dengan kunyit, garam dan serbuk cili
Selepas 3 jam.. ayam digoreng seperti biasa


Sos Cabai
20 bj cabai merah
segenggam cabai kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

semua bahan diatas diblend dan dimasak diatas api!

Perasakan secukupnya dengan garam , gula dan cuka

Untuk bau yang menarik lagi , potong daun ketumbar.kedalam cabai td.. masak sehingga pekat





Untuk Ulam/salad

Daun ketumbar dipotong pjg/ potong 2 pun ok
Salad
Tomato
Timun


Apabila nasi dah masak , boleh hidangkan ...

Thursday, October 7, 2010

Gajus panggang

Terpanggil untuk masak gajus panggang, bila anak dan suami suka sangat makan buah gajus.. jadi try and error la resepi sendiri.. akhirnya dapatlah outputnya macam ni!





Nak resepi? Mudah je!

500gm gajus ( basuh dan tos hingga kering)
1 sudu besar shortening- gaul sekata pada gajus
2 sudu kecil gula ising
2 sudu kecil garam - paling halus

semua bahan gaul sekata

Panaskan ketuhar pada 150 c +- 20min
masukan gajus td .. dan bakar lebih kurang +-20 min.. selepas 10 min, tgk samada gajus masak sama rata.. kacau untuk elak terlalu garing(hangit)
selepas 20 min, keluarkan sejukan betul-betul.. (kalau tak sejuk.. gajus tak rasa rangup)
dah boleh hidangkan!

NEW Tala'al badru alayna YUSUF ISLAM (Cat Stevens)- with some sunan tips!