Monday, January 17, 2011

ADAB KETIKA MEMASAK

Tadi tengah menjenguk dapur2 blogger , terjumpa la petua ni, bagus juga boleh kongsi ngan kawan-kawan. sambil kita memasak dapat juga kita beribadat dan moga-moga makanan yang kita saji mendapat keberkatan Ilahi.

3 adab memasak

Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
*Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum memasak.

1. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.

2. Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.

Ok, cukup dulu 3 adab memasak. Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain

Wednesday, January 5, 2011

NASI MANDY

Teringin pulak nak masak nasi mandy ni, anak2 memang suka pun!Cuba jenguk2 blog2 otai dan dapatlah resepi kat koleksi mamasya. Resepi rempah kabsa dapat dr internet juga.

Ayam

4 ketul ayam
1 st serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk kari
garam secukup rasa
campurkan semua bahan dan perap ayam selama +- 30 min.
Panaskan ketuhar pd suhu 250 lebih kurang 20 min, Masukkan ayam yang dah dibungkus dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak



Untuk resepi nasi pula

2 cwn beras direndam 20 min, dan toskan
21/2 cwn air
1 sudu besar minyak sapi ( saya ganti dengan mentega)
1 sudu besar minyak masak
1inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 bj buah pelaga*
1 ulas bawang putih- mayang halus**
1cm halia-mayang halus**
1/2 bj bawang besar-mayang halus**
1 1/2 st rempah kabsa
garam secukup rasa
sedikit pewarna merah oren dan serbuk kunyit yg dicampur sedikit air
Cara
Panaskan minyak, masukkan bahan bertanda*, kacau seketika kmudian tambahkan bahan** kacau hingga keperangan.Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih , masukkan beras tunggu hingga kering air, kecilkan api.
Biar seketika, percikkan pewarna merah oren dan kunyit yang telah dicampur air. Tutup periuk, selepas 5 minit kacau nasi tadi. Biar hingga nasi masak. tutupkan api







Untuk sup pulak, masak je ikut selera masing2!

Wednesday, December 15, 2010

KEK KAREMEL UNTUK HANTARAN


Inilah hasil kek karemel hantaran untuk Hilma! Idea secara spontan pagi Sabtu lepas...Pada mulanya tak tahu nak mula dr mana! main ikut tangan je nak letak buah2an tu kat mana! Last sekali siap juga!

Friday, November 26, 2010

Nasi Daging Sri Tanjung

Agak lama juga tak update blog.. maklumlah sibuk dengan tempahan kek. Semasa seminggu sebelum raya dah busy .. sampai pagi hari raya pun dok bakar kek tempahan. Pagi raya memang tak sempat siapkan juadah raya pun. Kesian anak-anak dan suami ku kerana terpaksa makan roti Pak Arab yang dibeli di USM sewaktu selepas sembahyang raya .Gambar kek karemel sebelum ni semasa first trial tak la berapa cantik.. tapi dah banyak kali mencuba ada la perubahan.. sampai banyak juga dapat tempahan semasa hari raya baru ni hampir 25 biji!.

Semasa sibuk membuat kek ada juga saudara bertanya resepi masak nasi daging cara simple. Kebetulan tadi saya masak nasi daging simple je. guna apa yang ada kat dapur.

Resepi Nasi Daging Sri Tanjung

500gm daging bersihkan, rebus hingga empuk bersama seulas bwg besar dan seinci halia, yang dipotong

2cwn beras dibasuh dan toskan
3cwn air untuk masak nasi
1/4 cwn susu cair
seulas bawang besar , 2 ulas bawang putih dan satu inci halia , dikisar halus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mnyak masak
1 sudu besar natural yogurt ( cari tomato tak ada saya ganti dengan yogurt)
1/2 kiub ayam
garam secukup rasa
kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang untuk tumis.

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Tambahkan bahan kisaran tadi. kacau seketika
Masukkan serbuk rempah kari, kacau jgn sampai hangit
masukkan air rebusan daging tambah kan air hingga cukup 3 cwn
Masukkan susu, kiub ayam, garam dan yogurt. Biarkan mendidih
Masukkan beras, perlahankan api..Kacau sekali sekala
Apabila air dah kering, tutup periuk , perlahankan lagi api kalau boleh alaskan periuk dengan tudung periuk lagi baik.
Kacau, Dan biarkan lg diatas api hingga masak
* nasi nampak macam banyak air tp nasi dan masih berbiji spt beras lagi, tak mengapa.. biarkan lama sedikit dengan api perlahan. kalau dah betul-betul masak tuutpkan api.

Saturday, October 30, 2010

Kek karamel

Ini lah percubaan pertama bakar kek karamel. memang sedap! Setakat hari ni , saya dah buat banyak kali, Terima kasih kepada penyumbang resepi Puan Munirah Baharum. Merit to you. semoga Allah memberkati rezeki sekeluarga.
Resepi ni saya copy paste saja.Minta izin ye kawan2 di KR. Sebab ramai kawan2 yang mencuba dah berjaya.

Resepi Kek Karamel

Saiz 7x7
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...



Grill Salmon


Idea nak makan salmon grill ni ari ni bila anak2 tak nak makan ikan. Selalu masak lauk , bila makan amik kuah saja, ikan tak sentuh pun! Jadi suami saya beli ikan salmon . Balik rumah , selepas maghrib, saya bersihkan ikan , dia tolong sediakan salad.
Jadi kawan-kawan yang berminat nak resepi ni, boleh la cuba.Bukannya susah pun senang je!








Bahan

Ikan salmon dah siap dipotong - bersihkan menggunakan cuka, rendam sekejap dan bersihkan

bahan perap- guna macam gambar diatas

- soy sos
- sos lea pearins
- sos teriyaki

semua ni campur sekali. biar kan dlm 30 min.. kalau dah lapar sgt mcm kami sekeluarga ari tu, tak tunggu lama pun saya terus grill je

Saya grill guna non stick pan je.. panaskan dan letakkan sedikit mentega danapabila dah panas letak la ikan salmon ...
Kalau masak kepala ikan, selepas marinade saya terus masuk oven lebih kurang 20-30 min, kemudian masak atas dapur mcm td untuk bg garing. Kepala ikan kan tebal sedikit, jd masak dengan oven dulu la!
Warna kekuningan atas ikan tu saya letakkan mozarella cheese.
Kalau dah masak , hias la ikut cara sendiri! dan boleh dimakan dengan sos kesukaan kita

Selamat mencuba !

Friday, October 15, 2010

Nasi goreng nenas



Nasi goreng ni masak kelmarin, makan kat kedai rasa sedap! Jadi nak cuba lah masak sendiri menjadi ka tidak. Kalau anak saya makan boleh abis sepinggan tu kira ok la! Mereka ni cerewet kalau makan nasi, nasi putih kalau masak.. alamat nya tak sentuh la.. kalau makan pun amik sesenduk je! Itu yang malas nak masak nasi . Kalau nak masak selain nasi putih tiap2 hari , hahaha jenuh la masa abis kat dapur la! Masa masak nasi komok ari tu , anak2 makan bertambah2, suka la tu!,Anak saya yang sorang ni pulak , tak suka nasi goreng yang masak taruh kicap dan cabai kisar. Jadi kena masak nasi goreng yang warna kuning keemasan!

Resepi nasi goreng nenas

3 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih - ketuk pecah sikit2 je
1 labu bawang besar - dipotong nipis
1 mangkuk kecil nenas dipotong dadu
udang - ikut suka , kalau nak byk lebihkan
sayur campur
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
1 susu besar sos ikan
sedikit garam

cara

panas minyak dalam kuali
tumis bawang putih, jika dah kekuningan masukkan bawang besar
biarkan hingga layu
masukkan sos tiram, kacau, masuk sedikit garam dan sos ikan
masukkan sayur campur
telur pecahkan dlm bekas , tambah kan sedikit garam dan lada sulah dan pukul sedikit
kemudian masukan dalam kuali , tambahkan udang..
kacau seketika ,masukan nasi
kacau nasi biar sampai sebati,, masukkan nenes
apabila dah sebati semua , tutupkan api.
angkat dan hidangkan