Thursday, January 26, 2012

Fadhilat 5 Bismillah









Sama-samalah kita amalkan 5 bismillah ini semoga mendapat manafaat dari Allah Taala..Amin




Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah




Ertinya :

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:

1. Penawar bisa diri

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian

5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 


Fadhilatnya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezki

3. Menang dalam peperangan.

4. Penerang hati.

5. Dijauhkan dari segala penyakit.

6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim

7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

9. Aman daripada binatang buas.

10. Air laut menjadi tawar.

11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.

12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

14. Terselamat dari karam di laut.

15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)

16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.

17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.

18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

Thursday, January 12, 2012

3.Dr. Zakir Naik, Shahrukh Khan, Soha Ali Khan on NDTV with Barkha Dutt



Zakir Naik
BornZakir Abdul Karim Naik
October 18, 1965 (age 46)
Mumbai, Maharashtra, India
EducationBachelor of Medicine and Surgery
Alma materKishinchand Chellaram College
Topiwala National Medical College and Nair Hospital
University of Mumbai
OccupationPresident of Islamic Research Foundation, public speaker
Years active1991–present
Known forDawah
Influenced byAhmed Deedat
Board member ofIslamic Research Foundation
ReligionIslam
SpouseFarhat Naik
Website
IRF.net
Shahrukh Khan


Born2 November 1965 (age 46)
New Delhi, India
ResidenceMumbai, Maharashtra, India[1]
Other namesKing Khan, SRK, The Baadshah of Bollywood[2] The king of romance[3]
OccupationActor, producer, television presenter
Years active1988–present
SpouseGauri Khan (1991–present)









Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


SELAMAT TAHUN BARU




MOGA AZAM TAHUN BARU


DIIRINGI DENGAN




SOLAT LIMA WAKTU





BANYAK MEMBACA AL-QURAN




Ya Allah ! Kau tingkatkan lah keimanan suamiku dan aku kepada MU!Murahkan lah rezeki kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, teranglah hati anak-anak ku, eratkanlah hubungan kasih sayang dan jauhkan perasaan kebencian , hasad dengki  dan tetapkan iman mereka.

AMIN

Bercuti di Copthorne Orchid Hotel



Baru-baru pergi bercuti di Copthorne Orchid Hotel bersama keluarga. Suka sungguh anak-anak habiskan masa dikolam renang dan bermain di tepi pantai.






Saya pula menghabiskan masa disini


Jacuzzi
Suana











Makan-makan di kedai Lidiana~ Tg Bungah

Sapa - sapa kalau  mai Penang ,  tak pekena terubuk goreng, udang masala n gulai bawal di kedai nasi Melayu Lidiani ni memang tak sah la mai Penang.

Dulu sebelum tsunami melanda Pulau Pinang, kedainya  terletak di tepi jalan bertentangan dengan Mar Vista. Tapi sekarang dah pindah atas bukit bertentangan ngan Masjid Terapong Tanjung Bungah.

Kedai makan Lidiani memang menjadi pilihan orang tempatan dan juga luar Pulau Pinang. Kepada sesiapa yang pernah datang kerana menghadiri kursus , mesyuarat atau apa-apa function kat sini, memang dah alah bisa tegal biasa dengan masakan di kedai ni.



 Satu lagi menu yang jarang jumpa di tempat lain adalah kerabu kacang botol. Memang sedap...terbaik!!!!

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Pengantin Baru









Tanggal 25 Dec 2011 yang lalu , telah berlangsung majlis persandingan diantara Adam Noor Aizat dan Asni Musfirah Azhar. Pasangan yang sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua. Ucapan tahniah dari kami sekeluarga . Semoga pasangan ini akan hidup bahagia dengan mendapat keberkatan dan petunjuk Allah Taala. 

Terima kasih untuk doorgift tempohari





Selamat hari ulang tahun ~Aqilah








 Harapan mak su untuk Aqilah , semoga jadi anak yang solehah, dengar cakap ibu dan abah, anugerahkan mereka dengan kejayaan Aqilah.Pesan mak su ....anak yang baik tidak akan menyusahkan ibubapa mereka.


Ok, early preparation is a shadow of success.Study smart dan jangan lupa baca Al-quran tiap-tiap hari semoga kita mendapat keberkatan dan  petunjuk dari Allah.




Salam dari mak su sekeluarga untuk mak dan abah




Ni ada sedikit buah tangan dari mak su sekeluarga! Enjoy



kek harijadi untuk Aqilah


Selamat hari ulang tahun



Moga happy dengan hadiah ni!